Arghhh!!! Masih dalam mood bercuti dan beraya…
Rasa malas je hendak pergi kerja setelah cuti lama ni hehe….
Dalam bercuti ini, aku TERbuka la email… Adoi…berderet kerja sedang menunggu…
Yang pertama sudah tentulah sambutan Hari Kemerdekaan….aku
ditugaskan untuk membuat sepanduk Hari Kemerdekaan bagi mewakili kolej aku….Nasib
baik, budak-budak aku sudi untuk menolong… Ringan sikit tugas… Tapi mesti ada
yang nak minta duit raya nanti lepas tolong heheheh…
Kemudian adalah sambutan ulang tahun Kolej Komuniti Ledang
yang ke-10….tarikh yang dijangka adalah 15-17 september 2012….masa itu juga
akan diadakan sambutan kemerdekaan peringkat kolej, konvokesyen, jamuan raya,
dan ulang tahun ke-10 kolej…. Kira ini acara besar-besaran lah.. Jadi kepada
komuniti setempat atau sesiapa sahaja yang lapang ketika itu… Jom ramai-ramai
datang ke kolej komuniti ledang…
Pada masa itu nanti, Aku ditugaskan untuk menjaga pameran
Alumni, Jualan Alumni dan Temuduga terbuka… Jadi di sini aku hendak
menghebahkan mengenai temuduga terbuka itu… Temuduga terbuka ini akan diadakan
di perpustakaan kolej komuniti ledang pada hari kedua karnival (16 september
2012) pada jam 9 pagi hingga 5 petang…Sesiapa saja boleh datang temuduga
terbuka ini, asalkan kerja yang hendak dipohon adalah dalam bidang automotif,
penyamanan udara, bakeri atau pengkeranian akaun…..Atau senang cerita, tengok
sahaja poster yang aku sudah buat ini heheh
Kemudian, Karnival Pengajian Sepanjang Hayat dan Program
Yang Berhormat bersama Alumni… Kedua-dua program ini tengah tunggu lampu hijau
saja… aku hanya dapat email yang menyatakan, aku hanya perlu sediakan
bahan-bahannya saja terlebih dahulu… Apabila sudah dapat lampu hijau, terus je program
ini dijalankan…
p/s (i): Disini aku ingin mengucapkan selamat hari raya,
maaf zahir dan batin…
p/s(ii): Datanglah cepat wahai mood kerja =)
jawatan pa erkk
ReplyDeletedisebabkan ini temuduga terbuka, ada banyak jawatan...bergantung kepada bidang.. Nanti saya akan mengemaskini nama-nama syarikat yang confirm akan datang
ReplyDeleteooh duk ledang rupanya....saya pun duk Ledang gak....huhuhuh
ReplyDeleteKalau macam tu...datang ye Asri masa program tu =)
ReplyDelete