Followers

Friday, April 1, 2016

kursus

kursus pendek blogspot di Kolej Komuniti Ledang

Thursday, August 23, 2012

Temuduga terbuka!!!


Arghhh!!! Masih dalam mood bercuti dan beraya…

Rasa malas je hendak pergi kerja setelah cuti lama ni hehe…. Dalam bercuti ini, aku TERbuka la email… Adoi…berderet kerja sedang menunggu…

Yang pertama sudah tentulah sambutan Hari Kemerdekaan….aku ditugaskan untuk membuat sepanduk Hari Kemerdekaan bagi mewakili kolej aku….Nasib baik, budak-budak aku sudi untuk menolong… Ringan sikit tugas… Tapi mesti ada yang nak minta duit raya nanti lepas tolong heheheh…

Kemudian adalah sambutan ulang tahun Kolej Komuniti Ledang yang ke-10….tarikh yang dijangka adalah 15-17 september 2012….masa itu juga akan diadakan sambutan kemerdekaan peringkat kolej, konvokesyen, jamuan raya, dan ulang tahun ke-10 kolej…. Kira ini acara besar-besaran lah.. Jadi kepada komuniti setempat atau sesiapa sahaja yang lapang ketika itu… Jom ramai-ramai datang ke kolej komuniti ledang…

Pada masa itu nanti, Aku ditugaskan untuk menjaga pameran Alumni, Jualan Alumni dan Temuduga terbuka… Jadi di sini aku hendak menghebahkan mengenai temuduga terbuka itu… Temuduga terbuka ini akan diadakan di perpustakaan kolej komuniti ledang pada hari kedua karnival (16 september 2012) pada jam 9 pagi hingga 5 petang…Sesiapa saja boleh datang temuduga terbuka ini, asalkan kerja yang hendak dipohon adalah dalam bidang automotif, penyamanan udara, bakeri atau pengkeranian akaun…..Atau senang cerita, tengok sahaja poster yang aku sudah buat ini heheh


Kemudian, Karnival Pengajian Sepanjang Hayat dan Program Yang Berhormat bersama Alumni… Kedua-dua program ini tengah tunggu lampu hijau saja… aku hanya dapat email yang menyatakan, aku hanya perlu sediakan bahan-bahannya saja terlebih dahulu… Apabila sudah dapat lampu hijau, terus je program ini dijalankan…

p/s (i): Disini aku ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin…

p/s(ii): Datanglah cepat wahai mood kerja =)